Assalamualaikum....
SYUKUR ialah tanda terima kasih atau menghargai..
Bersyukurlah kepada ILLAHI..
kerana dilimpahkan rezeki atas pemberian nikmatNya yang tidak terhingga..
Janganlah kita alpa dengan setiap pemberian yang dikurniakan kepada kita
kerana bila-bila masa ia boleh ditarik dengan sekelip mata ..
cara bersyukur kepada sesama makluk dengan menghargai jasa dan berterima kasih
kerana banyak menaburkan JASA dan BAKTI
tanpa mengharapkan apa-apa balasan...
Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak
bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak;
barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur
kepada Allah Taala."
ucapkanlah ALHAMDULILLAH sebaik sahaja merasai nikmat pemberianNya
seperti:
<<KESIHATAN TUBUH BADAN>> |
<<KEBAHAGIAAN INSTITUSI KEKELUARGAAN>> |
<<KESEJAHTERAAN MENJALANI KEHIDUPAN>> |
<<DILIMPAHI KEKAYAAN HARTA BENDA>> |
Moga-moga kita berada di kalangan hamba-hambanya yang bersyukur
dengan setiap apa yang dikurniakan...
Janganlah sesekali kita bersungut dengan nikmat kurniaanNya
walaupun sedikit..BERSYUKURLAH..
Cara bersyukur kepada ALLAH ialah melaksanakan ibadah yang dituntut
kepada setiap hambanya di atas muka bumi ini...
INGATLAH....
tidak kira KAYA atau MISKIN
sama-sama diuji untuk mensyukuri
nikmat pemberiaan ALLAH..
TADAH TANGAN...PANJATKAN DOA TANDA KESYUKURAN ATAS NIKMAT KURNIAANNYA |
FIRMAN ALLAH SWT:
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.
(SURAH AL-BAQARAH AYAT KE-25)
Marilah bersama-sama kita menghayati
alunan nasyid ini...
harap-harap korang terhibur Ye...
hehe...
No comments:
Post a Comment